Friday, September 26, 2008

TAKUT

Sayang..
Kian hari diri ini dihimpit perasaan takut..
Takut untuk menanti hari mendatang..
takut untuk mendengar sebarang perkhabaran..
Takut untuk menerima keknyataan..
Yang pasti..
Aku terlalu takut akan kehilanganmu dari pandangan..

SAYANG

Sayang..
Mengapa kini kau bermuram durja..
Di saat bulan tak lagi gerhana..
Mengapa senyuman kian terhakis di bibir..
tak kala kita tak lagi bersua..
Kemana hilangnya usikan yang dulu sering dijadikan gurau canda..
Dimana kau sisipkan belai cinta di jiwa..
Bantu aku tuhan dari merungkau gugup dera asmara..

NORAINI

Wahai sang pencipta kepada sang pencinta..
Sekiranya Noraini adalah jodohku..
Maka kau dekatkanlah dia kepadaku..
Sekiranya Noraini adalah bukan jodohku..
Maka kau jauhkanlah dia dariku..
Supaya kami tak saling tersiksa..
Supaya kami tak saling sengsara..
Ameen!!!

KAU

Ketahuilah sayang..
Kau sahajalah yang kini ku cintai..
Kau sahajalah yang ku impikan selama ini..
Kau sahajalah yang kini ku damba dalam pelukan tak kala dingin mengembun pagi..
Kau sahajalah yang ingin ku miliki di hati..
Dekat di sisi..
Kau sahajalah yang ingin ku kucupi..
Kau sahajalah yang ingin ku ajak lari..
Menari..
Dan menyanyi..
Kan ku jadikan kau isteri..
Penambat diri..
Penyejuk sanubari..
Sungguh sayang..
Kaulah yang selama ini ku cari..
Ku harap kau kan mengerti..
Apa di sebalik erti "Berbahagialah bagi mereka yang mempunyai hati dan nurani"..

UNTUKMU

Aku hanya untukmu..
Itulah janjiku padamu wahai Sayangku..

BULAN

Bulan oh bulan..
Senyumlah perlahan-lahan..
Sembunyilah di sebalik mataku..
Perlahan-lahan di pangkuan awan..

MAAFKAN AKU

Maafkan aku kerana terus memujamu..
Maafkan aku kerana tetap merinduimu..
Maafkan aku kerana sekali lagi tak sepadan denganmu..
Maafkan aku kerana masih tetap memngharapkanmu..
Berikan aku peluang untuk perlahan-lahan melupakanmu..
Menghilangkan memori silam..
Yang masih saja ku rasa dalam pelukan..