Tuesday, July 22, 2008

JANGAN KAU CEMBURU LAGI - 23 SEPTEMBER ’07

Wahai kekasihku.. janganlah kau bermuram durja..
Menampakkan wajah kusutmu kepada langit yang tak pernah mendengar..
Usaikanlah sedihmu..
Kerana tak sedikit pun angin membisikkan sesuatu nasihat kepadamu..
Aku memang berjanji untuk mencintaimu sayang..
Menyayangimu seperti ku menyanyangi dunia ini dan seisinya..
Namun aku tak pernah berjanji untuk melupakan namanya..
Wahai kekasihku;Ia hanyalah nama..
Dan sebuah kenangan..
Mengapa kau cemburu sayangku?
Seperti nama itu adalah sebuah musuh kekal bagimu..
Tidakkah kau lihat bagaimana kemesraanku kepadamu?
Menyanyangimu setulus hatiku..
Tak usahlah kau cemburu sayangku..
Wahai kekasihku..
Nama hanyalah tinggal nama..
Dan ia hanyalah tinggal kenangan..
Tak usahlah kau bermuram lagi..
Hatiku turut sedih melihatmu bersedih..
Manangislah hatiku tatkala melihatmu menangis..
Wahai kekasihku..
Sayangku..
Mmaafkan diriku kerana tidak sengaja melupakan dirimu..

No comments: